Cari Blog Ini

Follow Me

Kamis, 13 Oktober 2016

Sifat Rosululloh

Sifat Rosululloh

Sayyidina Ali bin Abi Tholib Karomallohu Wajhah bercerita mengenai sifat Rosululloh ﷺ.

Rosululloh ﷺ tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.

Baginda ﷺ bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.

Rambut Baginda ﷺ tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.

Badan Baginda ﷺ tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur.

Kulit Baginda ﷺ putih kemerah-merahan.

Mata Baginda ﷺ hitam pekat dan bulu matanya lentik.

Tulang sendi Baginda ﷺ gagah, bahunya bidang.

Badan Rosulullkh ﷺ bersih dari bulu dan rambut, tetapi Baginda ﷺ mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat.

Telapak tangan dan kaki Baginda ﷺ terasa tebal.

Apabila Rosululloh ﷺ berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda ﷺ sedang turun di lereng yang curam.

Apabila Baginda ﷺ berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).

Di antara kedua-kedua bahu Baginda ﷺ terdapat khatamun-nubuwah yaitu tanda kenabian bagi para nabi.

Rosululloh ﷺ merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rosululloh ﷺ tidak pernah berkeluh kesah atas sikap yang tidak bertimbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya).

Baginda ﷺ adalah orang yang kata- katanya paling jujur.

Rosululloh ﷺ adalah manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.

Barangsiapa yang melihat Baginda ﷺ untuk pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya.

Barangsiapa yang berkenalan dengan Baginda ﷺ tentu nanti akan mencintainya.

Orang yang menceritakan sifat Baginda ﷺ tentunya akan berkata, "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengan Baginda ﷺ sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda ﷺ wafat."

Sumber: As-Syamail Al- Muhammadiyah, Imam Tirmizi.

Sholawat dan salam kepadamu wahai kekasih hati dari kami umat akhir zaman. Madad Ya Rasulullah.

Wallohu'alam bi murodlih

#Fatimah_Az_azahra_al_attas
©zawiyyahmahabbah@2016™

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Give Your Comment

Gadget

Konten ini belum tersedia melalui sambungan terenkripsi.